Archive for September, 2007

happy ramadhan and happy hari raya

Sunday, September 23rd, 2007

wish happy Hari raya to all my friends (ex -student Caddcam KT and Kemaman, UiTM & SHAMS), my family and relatives..
also to all Caddcam staffs, my house mates, my colleague…
don’t want to talk too much.. but you know who you are.. thanks..

Kad_raya_kakz

SEKITAR HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN KEBANGSAAN

Sunday, September 16th, 2007

Company
orang terlibat secara langsung dalam perayaan tahun ini. Ia merupakan usahasama
MOJA VENTURES SDN. BHD dan AWE MAINTENANCE SERVICES, sebuah syarikat pertanian
dan landskap kat Kuala Terengganu. Aper?! Orang terlibat dengan pertanian? Ai
belajar design kau pergi bertani yer? Dah abis kerr buat grafik kat pejabat?
Sebenarnya orang dengan Zali
dihantar company untuk jaga booth. Kitorang ni graduate Industrial Design ngan Mechanical
Engineering tak de ilmu khas dalam pertanian. Huhu…anyway buat yang terbaik
untuk company dan timba pengalaman sebanyak mungkin.

 

Matlamat
company kali ni ialah untuk memasarkan produk baja yang diimport dari Thai yang
dikenali sebagai BAJA ORGANIK KIMIA
dan SUPER TURBO. Dengar je nama
super turbo, memang dashyat…tapi padanlah dengan hasil pertanian yang
dikeluarkan selepas guna kedua-dua baja ni.
Selain itu, company orang ada
perkenalkan Projek Tanaman Serai Cymbopogon Citratus’ untuk penduduk
tempatan. Benih serai ni telah disuntik dengan hormon dari Pakistan sebab tu la
special. Sebenarnya serai-serai ni untuk dibuat minyak bukan nak wat tomyam
ker.. bukan, kita nak ekstrak jer.. Dengan modal tak sampai RM5000, lepas enam
bulan dah boleh raih hasil bersih RM10, 000.00. itu untuk satu ekar tanah ,
kalau dah berbelas ekar, berpuluh ekar…Waaa..pakcik kayo, pakcik kayo… Itu
untuk sapa yang ambil bahagian atau peserta, untuk yang jadi MARKETING
EXECUTIVE atau broker cari peserta, pun buleh kayo cepat.. hehe..

 

Syarikat Awe Maintenance plak perkenal tanaman pokok
gaharu atau orang panggil jugak pokok depu. Ntah apa2 la nama dia lagi orang
tak tau. Tapi yang ni dari spesis ’Aquilaria Subintegra.’ Yang ni untuk
tanaman ladang je la pokok gaharu yang matang
akan diproses nak buat minyak. Mahal giler tau minyak gaharu..Tapi hasil dia
buleh dapat dalam masa tujuh tahun. Dekat Thailand diorang dah ada ladang
gaharu dan makmal sendiri untuk buat penyulingan dalam megekstrak minyak
gaharu, lepas tu eksport ke negara Asia Barat seperti Mesir, Pakistan dan
lain2.

 

Sebelum ni, orang tak der pengalaman
menyertai mana2 exhibition peringkat daerah hinggalah peringkat
kebangsaan.Kalau masa praktikal hanyalah pelukis pelan untuk furniture company
tapi tak pergi MIFF ’07 kat KL Mac dulu. Tapi kali ni berpeluang timba
pengalaman dan bertemu dengan para peladang, penternak dan nelayan, tak
ketinggalan pegawai-pegawai pertanian seluruh negara. Secara tak langsung
melatih komunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat, dan yang paling penting
belajar ilmu pertanian dari diorang lebih2 lagi diri orang ni yang memang jahil
dan naif alam pertanian.

25 Ogos 2007

 

2.00 petang

persiapan dilakukan untuk dibawa ke
k.t. semua yang ada kat pejabat tolong sama siapkan… terima kasih semua…

 

11.00 malam

Lebih kurang pukul sebelas malam lepas
lepak kat D SINI KOPITIAM, bertolak ke K. Trg. Mujur dengan Estima..sebab tu
orang duk seat blakang… biar jelah che man dengan jamilah sembang kat depan,
orang nak tido.. haha… Sampai KT kul 2.00 pagi terus ke tapak ekspo. Tinjau
sekeliling sampai kul 3.00 then pergi minum sat. After that pergi balik siapkan
booth. Sedar tak sedar sampai kul 5.00 pagi. Then pergi tidur kat Bukit Payong.

 

 

26 Ogos 2007

 

9.00 -10.00 pagi

Sarapan kemudian pergi ambil
pamphlet yang dah siap kat printing. Alhamdulillah siap on-time. Pergi terus ke
booth dan siapkan apa2 yang patut. Stay kat booth sampai kul 7.00. Tapi Jamilah
dengan Che Man dah balik Kemaman. Zali tunggu booth sampai kul 12.00 malam.

 

 

27 Ogos 2007

 

8.30 pagi

Pagi ni perasmian, tapi tak dapat nak
tengok sebab jaga booth. Lagi[un ramai sangat orang.

 

28 -29 Ogos 2007

Kedua-dua hari n tak der la ramai
sangat. Ambil kesempatan jalan-jalan dengan Zali ambil video, sumer sudut
menarik untuk dirakamkan. Yelah.. untuk landskap..

 

30 Ogos 2007

 

11.00 pagi

Pagi ni nak kata ramai sangat tak der
la, budak sekolah tu biasalah.. Ramai pun petang. Yela malam ni ada Forum
Perdana dan sambutan Ambang Merdeka. Dengar citer akak tu kul 5.00 petang dah
sampai. Begitulah patriotisme rakyat Malaysia.

 

 

 

10.00 malam

Aircond kat dalam khemah kempis
kitorang bungkus ar booth. Ramainya orang datang untuk Ambang Merdeka. Jam
sekejap di kawasan sekitar. So, pilot orang, Zali tu decide kita celebrate
dulu, ambil video kat stage utama. Tunggu detik 12.00 malam.

 

12.00 malam 31 Ogos 2007

 

Selepas countdown, lagu Negaraku
dinyanyikan, Jalur Gemilang dinaikkan pelahan-lahan, perasaan bangga dan
semangat patriotisme berkobar-kobar dalam diri. Bertuah kerana menjadi rakyat
Malaysia. Sudah 50 tahun negara kita merdeka. Dan sebagai rakyat Malaysia,
orang bertekad untuk jadi warganegara yang berguna untuk bangsa, agama dan
negara. Takut kalau2 dibuang ke Myanmar ke Sudan ke… tanaaaaaakkk….huhu..

 

Kemudian ada pertunjukan bunga api.
Cantik sangat. Kalau manusia punya kerja dah macam ni… kalau di cakerawala
nun di atas sana, lagi cantik agaknya. Subhanallah, Maha Suci Allah. Dia yang
menjadikan bulan, bintang, matahari dan planet-planet yang begerak teratur atas
paksinya sendiri. Alamak.. dah dekat sangat Ramadhan Al-Mubarak.. harap2 kita
dapat berkat sepanjag Ramadhan ni.

 

 

 

1 SEPTEMBER 2007

Hari n pun orang ramai jugak… tapi alamak
puas la nak mengh
abiskan
satu hari ekspo..

Petang Zali plak baiki keter dia,
maklum orang nak jalan jauh besok… nak balik Kemaman, konvo. Besok sehari lagi ekspo..lusa nak
request cuti. Sekejap jer duk umah, pergi pagi, tengah malam baru balik umah apalagi..
terus tido! Waghhh besok sorang2 la jaga, Zali tak der. Ingat nak ajak Jamilah
tapi dia kena tahan plak dengan che man, kena tunggu pejabat. Tapi
alhamdulillah kak linda sekeluarga ada datang tolong jugak..

 

 

2 SEPTEMBER 2007

Hari last dah hari ni…Tak ramai sangat
orang. Kebanyakan booth dah bungkus…Alamak..lembaga koko pun dah tutup. Tak
dapat la nak beli cekelat.. isy..

Karang plan nak gi amik vido kat umah
terengganu yang dapat johan tu..
rugi ar tak amik.. Tengah boring ni sensorang… mana plak si
Remy ni… tngah tak der customer ni…

 

Anyway, kita harus berterima kasih
kepada para peladang, penternak dan nelayan negara kita. Memangla kerja
diorang, cari rezeki tapi kalau tak der ketiga2 pekerja ni, dapat ker kita
makan nasi, buah, ayam dan ikan dengan mudahnya? Kalau kena berladang sendiri,
ternak sendiri dan cari ikan sendiri…cemaner?? haru-biru jadinya…
alhamdulillah negara kita banyak sangat makanan dan hidup dalam aman harmoni
pulak tu..