PESANAN UNTUK LELAKI ACUAN AL-QURAN

                       PESANAN UNTUK LELAKI ACUAN AL-QURAN


Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah Swt
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Wahai Lelaki Acuan Al-Quran

Bimbinglah Daku Menjadi Sepertimu

Agar Hatiku Yang Serapuh Kaca

Dikuatkan Dengan  Taqwa Dan Iman

Seandai Dikata Akalku Setipis Rambutku

Tebalkanlah Ia Dengan Ilmu

Dekatkanlah Diriku Dengan Pahala

Buat Bekalan Di Akhirat Sana

Doronglah Aku Untuk Turut Beribadah Bersamamu

Supaya Beroleh Pahala Berlipat Ganda

Luruskan Lidahku Sebelum Imanku

Supaya Aku Jujur Tidak Mengkhianatimu

Ajari Aku Menguatkan Diri Dari Nafsu

Agar Aku Selamat Terpelihara

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung

Yang Mempunyai Ramai Kawan

Dan Tidak Mempunyai Musuh

Yang Bersifat Jembalang

Wahai Lelaki Acuan Al-Quran

Didiklah Aku Menjaga Tutur Kataku

Agar Hatimu Dapat Ku Lindungi Sebaiknya

Ajari Aku Supaya Tidak Bermegah Dengan Ilmu

Yang Kelak Membinasakan Diriku

Jangan Kau Cuba Jinakkan Diriku Dengan Harta

Kerana Nantinya Diriku Akan Semakin Derita

Ajari Aku Untuk Bersilaturahim

Agar Terjalin Kemesraan Sesama Insan


Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya

Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam

Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan

Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat

Wahai Lelaki Acuan Al-Quran

Ajari Aku Untuk Memberi Setinggi Penghormatan

Buat Ibu Bapaku Dan Ibu Bapamu

Dan Memberi Bakti Buat Orang Tua Dan Keluarga

Harmonikan Rumahtangga Agar Bahagia Selamanya

Didiklah Anak-Anak Dan Jua Diriku

Mendalami Agama Islam

Untuk Menjadi Bekalan Di Akhir Kehidupan

Amalkan Hidup Penuh Kesederhanaan

Jauhkan Diri Dari Kemewahan Yang Mengalpakan

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah Saw
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan Berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Wahai Lelaki Acuan Al-Quran

Persiapkan Jua Diriku Untuk Agama Islam

Dan Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran

Dan Jua Mencontohi Sifat-Sifat Isteri Rasulullah S.A.W

Yang Lunak Suaraku Bukan Untuk Tengkingan

Yang Sujudku Penuh Kesyukuran

Dan Rahmat Allah Ke Atasku

Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Wahai Lelaki Acuan Al-Quran

Ajari Aku Untuk Menghargai Waktu

Biar Mataku Kepenatan Menambah Ilmu

Bukan Mataku Kepenatan Menatap Yang Haram

Biar Suaraku Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir

Bukan Suaraku Lesu Kerana Penat Mengalunkan Lagu

Biarku Bangkit Bersolat (Subuh) Setelah Beristirehat

Dengan Rasa Kesyukuran

Kerana Sehari Lagi Usiaku Dipanjangkan

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang Baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga

Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

Wahai Lelaki Acuan Al-Quran

Peringatkanlah Aku Tentang Kematian

Agar Usiaku Tidak Terbazir Berlalu

Agar Aku Turut Sama Berjuang

Untuk Islam Sebelum Hari Kemudian

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya Bersama Wanita Acuan Al-Quran

Wahai Lelaki Acuan Al-Quran

Jangan Kau Pesonakan Aku Dengan Buaian Dunia

Agar Aku Turut Mengimpikan Syurga

Yang Juga Menjadi Rumah Impianku

Bersamamu Seorang LELAKI ACUAN AL-QURAN

2 Responses to “PESANAN UNTUK LELAKI ACUAN AL-QURAN”

  1. Azwa Says:

    Semoga kita temui lelaki acuan al-Quran..aminn…

  2. al-farafishah Says:

    amin.. itulah doa yang tz panjatkan..

Leave a Reply