Archive for August, 2007

ku yakini.. buat inspirasi diri ku dan rakan2..

Sunday, August 19th, 2007


dedicated to sumer yang tolong org jadi seperti hari ini, namun kejayaan sebenar masih jauh lagi. anyway hanya Tuhan yang balas budi baik tu, hutang budi di bawa mati…


Ku Yakini
(siti nurhaliza)

( korus )
Kejayaan kumiliki tak hadir sendiri
Laluinya dengan kekuatan diri
Kejayaan di genggaman menjadi sebutan
Yakinkan diri citaku dikotakan

Setiap detik masa kulalui
Pasti takkanku biar pergi
Setiap impian yang kuhajati
Akanku capai di suatu hari

Ku daki dan aku turuni lembah
Tak ku mengalah
Tabahkan hati berbekalkan doa
Ku yakini ku pasti

( ulang korus )

Menjalani kehidupan ini
Susah senang isi duniawi
Hasad dengki akan daku jauhi
Agar niat suci dimakbuli

 

HAKIKAT KEJADIAN WANITA

Sunday, August 12th, 2007

HAKIKAT KEJADIAN WANITA

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,

kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,

kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal.

Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman…
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya…
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Tuhan…
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Tuhan…

sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah…

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya…
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan…
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus…
Bahkan akan semakin membengkok…
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya…

Bila wanita menjadi derhaka…pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara….
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata…
Tapi binalah kepimpinan…
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya…
Jinakkan diri kepada allah…
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu…
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra’
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

PESANAN UNTUK LELAKI ACUAN AL-QURAN

Sunday, August 12th, 2007

                       PESANAN UNTUK LELAKI ACUAN AL-QURAN


Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah Swt
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Wahai Lelaki Acuan Al-Quran

Bimbinglah Daku Menjadi Sepertimu

Agar Hatiku Yang Serapuh Kaca

Dikuatkan Dengan  Taqwa Dan Iman

Seandai Dikata Akalku Setipis Rambutku

Tebalkanlah Ia Dengan Ilmu

Dekatkanlah Diriku Dengan Pahala

Buat Bekalan Di Akhirat Sana

Doronglah Aku Untuk Turut Beribadah Bersamamu

Supaya Beroleh Pahala Berlipat Ganda

Luruskan Lidahku Sebelum Imanku

Supaya Aku Jujur Tidak Mengkhianatimu

Ajari Aku Menguatkan Diri Dari Nafsu

Agar Aku Selamat Terpelihara

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung

Yang Mempunyai Ramai Kawan

Dan Tidak Mempunyai Musuh

Yang Bersifat Jembalang

Wahai Lelaki Acuan Al-Quran

Didiklah Aku Menjaga Tutur Kataku

Agar Hatimu Dapat Ku Lindungi Sebaiknya

Ajari Aku Supaya Tidak Bermegah Dengan Ilmu

Yang Kelak Membinasakan Diriku

Jangan Kau Cuba Jinakkan Diriku Dengan Harta

Kerana Nantinya Diriku Akan Semakin Derita

Ajari Aku Untuk Bersilaturahim

Agar Terjalin Kemesraan Sesama Insan


Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya

Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam

Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan

Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat

Wahai Lelaki Acuan Al-Quran

Ajari Aku Untuk Memberi Setinggi Penghormatan

Buat Ibu Bapaku Dan Ibu Bapamu

Dan Memberi Bakti Buat Orang Tua Dan Keluarga

Harmonikan Rumahtangga Agar Bahagia Selamanya

Didiklah Anak-Anak Dan Jua Diriku

Mendalami Agama Islam

Untuk Menjadi Bekalan Di Akhir Kehidupan

Amalkan Hidup Penuh Kesederhanaan

Jauhkan Diri Dari Kemewahan Yang Mengalpakan

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah Saw
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan Berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Wahai Lelaki Acuan Al-Quran

Persiapkan Jua Diriku Untuk Agama Islam

Dan Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran

Dan Jua Mencontohi Sifat-Sifat Isteri Rasulullah S.A.W

Yang Lunak Suaraku Bukan Untuk Tengkingan

Yang Sujudku Penuh Kesyukuran

Dan Rahmat Allah Ke Atasku

Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Wahai Lelaki Acuan Al-Quran

Ajari Aku Untuk Menghargai Waktu

Biar Mataku Kepenatan Menambah Ilmu

Bukan Mataku Kepenatan Menatap Yang Haram

Biar Suaraku Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir

Bukan Suaraku Lesu Kerana Penat Mengalunkan Lagu

Biarku Bangkit Bersolat (Subuh) Setelah Beristirehat

Dengan Rasa Kesyukuran

Kerana Sehari Lagi Usiaku Dipanjangkan

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang Baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga

Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

Wahai Lelaki Acuan Al-Quran

Peringatkanlah Aku Tentang Kematian

Agar Usiaku Tidak Terbazir Berlalu

Agar Aku Turut Sama Berjuang

Untuk Islam Sebelum Hari Kemudian

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya Bersama Wanita Acuan Al-Quran

Wahai Lelaki Acuan Al-Quran

Jangan Kau Pesonakan Aku Dengan Buaian Dunia

Agar Aku Turut Mengimpikan Syurga

Yang Juga Menjadi Rumah Impianku

Bersamamu Seorang LELAKI ACUAN AL-QURAN

LELAKI ACUAN AL-QURAN

Sunday, August 12th, 2007

Lelaki acuan Al-Quran

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung Yang
Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya Yang
Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam Yang
Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya Adalah rumah
Sementara Menunggu Akhirat

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga Meneruskan
Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia

Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya Bersama Wanita Acuan Al-Quran.

WANITA SEBAGAI ISTERI & IBU

Sunday, August 12th, 2007

WANITA 

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup lembut
untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk
mampu melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya
tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan
kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak
anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika
anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi
dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk
mengetahui bahwa seorang suami yang baik
takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk
berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau
bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan
seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana
itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

MY DAILY ROUTINE

Friday, August 10th, 2007

   Ahlan wasahlan ila my blog. arab campur omputis.ha ha. Seharian hidup sebagai GRAPHIC DESIGNER yang nak sgt org jadi sebelum ni..mengetuk2 keyboard dan bermain- main dgn tikus peliharaan yg ada wayar dan led (bynk comel woo..) dah jadi kemestian ku.

    Software adobe CS tak kiralah illustrator ke photoshop yg masih bnyk kena blajar jd makanan ku sehari2 smpai pening2 kepala.. tapi best la gak.. hanya berbekalkan sebuah kompiter hitam ku kat keje ni org create GRAPHIC STUDIO sendiri.. Namanya BEYOND MIND EYES STUDIO dan untuk sumer design org diberi label BEYOND MIND EYES. DESIGN… Kalau korang biasa dengar phrase beyond mind eyes ni.. betul la tuh..kat buku text CADDCAM. That’s the place where i came from (x lupa asal- usul) Caddcam- where good designers were born. Nak kata best.. jauh lagi..

      And then technical drawing pun org wat gak, pakai software autocad jer. it’s for road and traffic light drawing. woitt kalau ader traffic light tak function kat cukai ni, jgn tel org plak, itu company mana daa yg supply.. bukan cu/ ses tau.. lgpun tu keje budak2 engineer yg buat sistem dan jaga controller.HUHU..

    Tentang future org dalam bidang ni.. baru appointed bahagian creative media. so dipertanggungjawab buat design untuk sumer keperluan company. dari logo sampailah edit photo untuk proposal. Pada yang berpendapat dunia grafik ni penuh dengan ilusi, fantasi betul lah tu.. cuma ia diterjemahkan secara digital then in sof copy and hard copy. Bermain dengan dunia graphic yang penuh fantasi ni, kdg2 menyeronokkan.. tapi bila berdepan dengan realiti..kehidupan tu tak seindah yang kita impikan.. macam2 cabaran yang perlu dihadapi. Jatuh bangun adalah lumrah. Sapa yang tak kuat..sapa yang malas akan ketinggalan. Dan setiap yang kita perbuat perlu betul niat nye.. Niat tak menghalalkan cara ye..Paling utama kena dekat dgn Tuhan, ingat Dia baru dia tak lupa kita dan sentiasa meredhai kita. Dan gak ibubapa kita.. tanpa mereka tak der la kita. Jangan lupa guru dan pensyarah kita..tanpa mereka siapa la kita huhu.. Walau siapa pun yang berbudi dengan kita.. ingat balik dan hargai mereka.. insya Allah hidup kita murah rezeki diredhai selalu dunia akhirat… amin..